THE LANGUAGE TREE
Mahu belajar cakap Bahasa Cina? Dengan teknik The Language Tree, anda boleh belajar Bahasa Cina dengan mudah, cepat, lagi tepat!
Bilangan pelajar dalam kelas Bahasa Mandarin kami cukup untuk memberi setiap pelajar peluang untuk bercakap dalam Bahasa Cina.
Tumpuan kelas Bahasa Cina kami adalah dari sisi komunikasi. Setiap Kelas Cina bersifat interaktif, bekesan and mudah ! Anda boleh bercakap Bahasa Cina dari kelas pertama juga!
Guru-guru kami berasal dari Negara Cina dan ada juga yang warganegara Malaysia keturunan Cina. Mereka amat berpengalaman mengajar pelajar Melayu and orang asing. Mereka mempunyai Ijazah Sarajana Muda dalam bidang linguistic, dengan jurusan mengajar Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua.

Kelas Mandarin Kanak-Kanak dan Remaja
Kelas Bahasa Cina untuk kanak-kanak dan remaja menggunakan aktiviti untuk menggalakkan mereka bercakap Bahasa Cina, termasuk aktiviti perlakonan, permainan dan drama.
Kelas Mandarin adalah dibahagikan kepada:
Kelas Mandarin adalah dibahagikan kepada:
01 | KELAS CINA MURID PRASEKOLAH (UMUR 4-6 TAHUN) |
02 | KELAS CHINA UNTUK MENYEDIAAN MURID PRASEKOLAH YANG AKAN MEMASUKI SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAAN CINA |
03 | KELAS CINA MURID SEKOLAH RENDAH (6-12 TAHUN) |
04 | KELAS CINA REMAJA (13-17 TAHUN) |
Selepas mempelajari Bahasa Cina selama setahun ke atas, mereka sudah menguasai kefasihan asas Bahasa Cina dan mampu mengambil Peperiksaan Penguasaan Bahasa Cina dari Negara Cina.
YCT (Youth China Test) adalah untuk murid sekolah, dan HSK (Hanyu Shuiping Kaoshi) adalah untuk remaja dan dewasa.
The Language Tree adalah pusat peperiksaan yang diakui oleh Han Ban di Negara Cina untuk YCT dan HSK. Kertas ujian tersebut dihantar ke Negara Cina untuk disemak dan pelajar yang lulus akan dianugerahkan sijil antarabangsa dari Negara Cina.
Kami juga mengendalikan program Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah swasta.
Kelas Mandarin Dewasa
Untuk orang dewasa The Language Tree mengendalikan kelas Bahasa Mandarin melalui langkah-langkah sistematik dan berkesan melalui penggunaan Putonghua (Bahasa Cina Baku di peringkat antarabangsa) and penguasaan pinyin (sukukata Bahasa Cina).

Setiap tahap Kelas Mandarin meningkatkan kebolehan pelajar untuk bercakap Bahasa Cina dan membaca dan menaipkan huruf Bahasa Cina untuk menghantar sms and e-mel. Pelajar dewasa mampu mengambil ujian HSK (tersebut di atas) selepas belajar 6 bulan sahaja! Dalam pada itu, mereka juga berkebolehan bercakap Bahasa Cina dan berhubung melalui email, SMS, Whatsapp dan lain-lain.
Kami juga menawarkan kelas Bahasa Mandarin untuk syarikat yang memerlukan latihan korporat di syarikat mereka. Program kelas Cina ini adalah disesuaikan kepada keperluan spesifik syarikat.